Monday, July 7, 2014

Ketam Black Pepper



Ketam Black Pepper


Bahan-Bahan:
3 ekor Ketam (tak kira ketam…ketam nipah, ketam minyak, ketam bunga, ketam lembut)
2 inci Halia (dihiris halus memanjang)
3 ulas Bwg putih (dicincang)
2 ulas Bwg kecil (dicincang jugak)
1 sudu makan Lada Hitam (ditumbuk kasar) Sos Tiram
Sos Cili
Sos Black Pepper
Gula
Minyak

Cara:
1) Tumis Halia, Bwg Putih & Bwg Merah sampai naik bau
2) Masukkan semua sos yang kat atas tu
3) Masukkan juga lada hitam yg dah ditumbuk
4) Masukkan ketam
5) Kacau biar sebati dan kemudian ditutup sekejap biar isi ketam masak
6) Lebih kurang 10-15 minit tu dah boleh tutup api (seafood biar masak betul..elak kolestrol)
7) Garam tak perlu sebab semua sos tu dah masin. 

KETAM MASAK LEMAK CILI API DENGAN PUCUK PAKU



KETAM MASAK LEMAK CILI API DENGAN PUCUK PAKU

BAHAN
Bahan A:
20 tangkai cili api (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
Daun kunyit (kalau dapat bunga kunyit lagi best)

Tumbuk halus semua bahan diatas kecuali daun kunyiti.

Bahan B :
10 ekor ketam
250ml santan pekat
500 ml santan cair
garam
gula

Bahan C:
Pucuk paku- dicelor, toskan

CARA MEMASAK:
Masukkan bahan A, santan cair ke dalam periuk
Didihkan
Setelah mendidih masukkan ketam
Tambah dengan garam dan gula secukup rasa
Didihkan
Masukkan santan pekat dan daun pucuk paku
Masak sehingga betul-betul masak dengan sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak
Setelah itu, sedia untuk dihidangkan

Tambahan…
Pucuk paku  boleh diganti dengan sebarang pucuk2 ulaman..pucuk ubi ke…. Belimbing besi ke..
Ketam juga boleh ditukar dengan udang galah ke….

Wednesday, July 2, 2014

Sirap Bandung



Sirap Bandung





BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan sirap
3/4 tin susu cair
3/4 jug kuib ais
1 tin ice cream soda (boleh tambah ikut keselesaan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan sirap, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
  2. Resipi di atas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.
  3. Boleh di blend semua bahan supaya lebih menarik.
  4. untuk lebih menyelerakan boleh dimasukkan cincau atau biji selasih

Sambal Ghaut udang petai



Sambal Ghaut udang petai



Bahan-bahan
  • 150 gm udang segar
  • 50 gm petai - dibelah dua
  • 5 sudu makan cili kering - dikisar
  • 2 ulas bawang besar – dimayang kasar
  • 3 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara-cara
  1. Tumiskan petai dengan minyak dan di campur ¼ cawan air. Tumis hingga lembut atau habis air. Angkat dan asingkan.
  2. Tumis bawang dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili kering yang dikisar..Biarkan sehingga naik minyak dan masak.
  3. Masukkan petai, udang  dan 1/2 cawan air.Kacau seketika dan biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat.
  4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan mendidih dan bolehlah diangkat.

Wednesday, March 12, 2014

Dendeng Daging

Dendeng Daging


 bahan A 
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

bahan B
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
halia
kulit kayu manis
bunga lawang

bahan C
kicap lemak manis
gula melaka
garam
daun limau purut
serai
cili kisar
cili api
pes asam jawa

bahan D
air rebusan daging

cara-cara memasaknya
bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
digoreng hingga keemasan angkat dan toskan
rebus daging hinggas lembut
daging yang direbus dipotong nipis dan di tumbuk
goreng daging yang ditumbuk seketika



 tumis cili, daun limau purut dan serai. tumis sehingga pecah minyak. tambahkan garam dan gula.
masukkan kicap manis dan pes asam jawa.
masukkan air rebusan daging (5 senduk)
masukkan bahan A iaitu daging yang digoreng tadi.
tutup dan biarkan air tersebut agak kering.
masukkan bahan B pula. kacau ... kalau kering sangat tambah air rebusan.
rasa... tambahkan gula dan garam ikut selera anda.
selamat mencuba

Monday, March 10, 2014

UDANG TEMPOYAK


Bahan-bahan yang diperlukan: 

Udang galah
Tempoyak
Kunyit hidup -ditumbuk/giling
Cili padI - ditumbuk /giling halus (ikut kepedasan masing2)
Daun kunyit -simpul
Garam dan gula 
Air secukupnya
Pucuk muda kacang(Kacang botul/kacang panjang)
Caranya: 

1) Barang-barang yang digiling disatukan dengan tempoyak dan sedikit air..
2) Renehkan atas api bersama udang dan daun kunyit.. didihkan..
3) Perasakan dengan garam dan gula ;)
 
Didihkan sehingga mengelegak dan pekat sedikit.