Bahan A:
2 cwn tepung beras
1/2 cawan Tepung Sagu/tpung ubi
1/2 sudu kecil air kapur ( bancuh dan tapis)
Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dgn sedikit garam
Bahan B
:
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air
daun pandan.
didihkan bahan B
Cara:
1. Bancuh tepung dgn air kapur
2. Tuang air gula yg telah suam kedlm tepung.Kacau rata.
3. Didih kan air dalam kukusan.Pnskan acuan lompang kedlm kukusan
4. Bila air dah mendidih ..tuang adunan tepung kedlm acuan lompang yg tlh
dipnskan tadi
5. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Gula
merah adalah pilihan... kalau tak suka gantikan dgn gula pasir je
7. Pewarna ikut suka
proses membuat sama nk buat kuih kaswi
Monday, November 5, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Ubi Goreng Bawang Putih
Cara-cara
- Buang kulit ubi kayu
- Potong ikut suka
- Gaulkan ubi yang dipotong dengan garam, serbuk kunyit(tak suka tak perlu) dan bawang putih(cukup setakat dipecahkan sahaja)
- Goreng dengan minyak yang panas (deep fry)
- Boleh juga dimakan bersama sambal tumis, sambal gesek atau sambal belacan.
- Sedap makan panas-panas
Ubi Rebus Gebu
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
- 1 kg Ubi kayu
- Secubit garam
- 1/2 biji Kelapa parut
- 3 sudu besar gula merah/gula pasir
Cara-cara
-
- Kikis lendir ubi tersebut
- Rebus ubi kayu hingga empuk bersama secubit garam
- Angkat dan toskan dan boleh hidangkan semasa panas.
- Gaulkan kelapa parut dan gula merah/gula pasir dan hidangkan bersama ubi tadi.
- Boleh juga dimakan bersama sambal tumis, sambal belacan/ sambal gesek dan juga ikan gelama jeruk.
- Apa lagi...makan je la....hidangkan bersama kopi o panas...peehhhhhh....
Monday, October 8, 2012
Acar Buah
Maaflah.... resepi ni resepi mak
dia buat tak pernah ada sukatan....
yang mak selalu buat macam ni.....
bahan-bahan...
anika jeruk/buah buahan kering/asam (tak kira jenis)
bawang putih
bawang merah
bawang besar
halia
cili kering/ giling
minyak masak
gula
garam
cuka makan
cara-cara memasak...
mak tumis bawang putih , bawang dan halia...bawang kecik dan halia ajer kena hiris halus....bawang putih dan bawang besar belah 4 ajer.....dah wangi masukkan cili....
cili kena masak lama sampai betul betul masak.....lepas tu masukkan gula....hari tu guna sekilo lebih gula n cuka sebotol...dan masukkan garam
lepas cili tu sejuk baru masukkan jeruk-jeruk, buah buahan kering dan n asam....
gaulkan...
boleh terus makan tapi lebih sedap lagi selepas 2-3 hari sebab cili dan jeruk2 telah sebati
dia buat tak pernah ada sukatan....
yang mak selalu buat macam ni.....
bahan-bahan...
anika jeruk/buah buahan kering/asam (tak kira jenis)
bawang putih
bawang merah
bawang besar
halia
cili kering/ giling
minyak masak
gula
garam
cuka makan
cara-cara memasak...
mak tumis bawang putih , bawang dan halia...bawang kecik dan halia ajer kena hiris halus....bawang putih dan bawang besar belah 4 ajer.....dah wangi masukkan cili....
cili kena masak lama sampai betul betul masak.....lepas tu masukkan gula....hari tu guna sekilo lebih gula n cuka sebotol...dan masukkan garam
lepas cili tu sejuk baru masukkan jeruk-jeruk, buah buahan kering dan n asam....
gaulkan...
boleh terus makan tapi lebih sedap lagi selepas 2-3 hari sebab cili dan jeruk2 telah sebati
Sunday, October 7, 2012
Apam Kembang
Bahan-bahan
250 g tepug beras
75 g tepung
100 g tapai pulut
200 ml air
210 g gula
250 ml air panas
bahan 1
75 g tepung
100 g tapai pulut
200 ml air
210 g gula
250 ml air panas
bahan 1
1 sudu kecil baking powder
1 peket eno
Perwarna
Campurkan 4 bahan pertama A dan kacau sehingga gula
hancur dan letak sebelah.
Masukkan air panas kacau dan tapis
Sebelum mengkukus masukkan baking
powder, eno dan perwarna
Panaskan kukusan dan kukuskan mangkuk dahulu(jika menggunakan acuan).
Tuangkan adunan 3/4 penuh dan kukus
Kukus selama 20 minit. Sejukkan dan keluarkan dari
acuan
Hidangkan bersama kelapa parut.
Sambal Gesek
BAHAN-BAHAN :
Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa
-Ikan bilis disangai/goreng tanpa minyak hingga garing
-Semua
ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau
kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal ni )
-jika tak mahu pedas boleh guna cili hijau
* pada ibu mengandung...boleh diganti cili dengan lada hitam.
selamat mencuba
Lempeng Kelapa
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 diatas , kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
- Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
- Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...
- Lempeng ini sedap jika dihidang bersama Sambal tumis, sebagai pencicah
Friday, October 5, 2012
Sambal Jering Cambah
Bahan-bahan
- Jering tua / Jering Cambah
- Ikan bilis di goreng garing
Bahan yang perlu dikisar
- Cili kering dikisar
- Bawang putih
- Bawang merah
- garam, gula
- asam keping
Cara-cara
1.
Semua bahan .
2.
Goreng ikan bilis sampai garing dan diangkat.
3.
Jering yang telah dihiris-hiris digoreng. (untuk
lebih empuk campurkan air bersama minyak semasa menggoreng. Tambah air untuk
melembutkan jering)
4.
Masukkan bahan yang dikisar, tumis bagi naik bau dan
pecah minyak, masukkan asam keping, jering, sedikit garam dan kacau sebati
sampai masak.
5.
Akhir sekali masukkan ikan bilis garing.
6.
Dah masak boleh hidang bersama nasi panas. Makan
dengan nasi lemak pun terangkat
Gulai Jering Pekat
Bahan-bahan;
20 biji Jering Tua – direbus hingga empuk
kemudian ditumbuk perlahan2 menggunakan lesung .
1/2 kg santan kelapa
sedikit ikan bilis dikisar halus (rencah)
Garam
Kerisik kelapa 1 sudu
1 batang serai - dititik
Bahan kisar
segenggam cili api
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
caranya:
panaskan periuk dan campurkan keseluruhan bahan dan kacau sentiasa. Masukkan kerisik untuk lebih memekatkan gulai. dikacau lagi sehingga masak dan kuah menjadi pekat. kecilkan api dan boleh dibiarkan tanpa dikacau. kemudian boleh diangkat untuk dihidangkan.
Masak Lemak Cili Api Siput Sedut dengan Batang Keladi
Bahan-bahan
- 1 kilogram siput sedut
- 1/2kg santan
- 1 ikat batang keladi – di potong kecil dan di celur
- 1 batang serai
Bahan
Dikisar:
- 10 bji cili api
- 2 biji cili merah
- 3 biji bawang merah
- 1/2 inci kunyit hidup
- Garam secukup rasa.
Cara
Membuatnya
- Potong belakang siput dan cuci bersihkan.
- Masukkan serai yang dititik dan santan dan Bahan yang dikisar ke dalam periuk.
- Tambahkan air jika terlalu pekat.
- Masakkan bahan-bahan itu sehingga mendidih dan masukkan batang keladi.
- Masukkan siput sedut (Nota : Selalulah kacau bahan-bahan itu untuk mengelakkan santan tu mengeluarkan taik minyak, nanti cepat basi)
- Masakkan sehingga mendidih.
- Sedia dihidangkan mengikut kesukaan anda.
Asam Pedas Batang Keladi
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak batang
keladi (ada jual di pasar tani atau pasar basah)
Daun
kesom
1 kuntum
bunga kantan, belah 2
3 keping
asam gelugor/keping
Garam dan
gula secukup rasa
Air Asam
Jawa
Air
secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
10 tangkai
cili kering( dipotong kecil, direndam air panas)
1/2 inci
kunyit hidup
4 biji
bawang merah
2 ulas
bawang putih
1 inci belacan
1 camca
besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Batang keladi yang perlu disiat kulit luarnya, kemudian kerat pendek. Celur dalam air panas yang diletak 1 keping asam gelugor hingga batangr keladi sedikit lembut. Toskan dan batang keladi yang dicelur perlu dibasuh besih..
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan air asam jawa, daun kesom dan bunga kantan.
- Masukkan batang keladi. Biar mendidih perlahan. Tambah sedikit garam dan gula atau secukup rasa. Masak sehingga lembut. Masukkan asam keeping jika mahu lebih masam.
Subscribe to:
Posts (Atom)