Friday, October 5, 2012

Asam Pedas Batang Keladi


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak batang keladi (ada jual di pasar tani atau pasar basah)
Daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
3 keping asam gelugor/keping
Garam dan gula secukup rasa
Air Asam Jawa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 tangkai cili kering( dipotong kecil, direndam air panas)
1/2 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi yang perlu disiat kulit luarnya, kemudian kerat pendek. Celur dalam air panas yang diletak 1 keping asam gelugor hingga batangr keladi sedikit lembut. Toskan dan batang keladi yang dicelur perlu dibasuh besih..
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan air asam jawa, daun kesom dan bunga kantan.
  3. Masukkan batang keladi. Biar mendidih perlahan. Tambah sedikit garam dan gula atau secukup rasa. Masak sehingga lembut. Masukkan asam keeping jika mahu lebih masam.

No comments:

Post a Comment