Wednesday, October 10, 2012

Ubi Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan

  • 1 kg Ubi kayu
  • Secubit garam
  • Bawang putih
  • kunyit serbuk(jika pelu)

Cara-cara

  1. Buang kulit ubi kayu
  2. Potong ikut suka
  3. Gaulkan ubi yang dipotong dengan garam, serbuk kunyit(tak suka tak perlu) dan bawang putih(cukup setakat dipecahkan sahaja)
  4. Goreng dengan minyak yang panas (deep fry)
  5. Boleh juga dimakan bersama sambal tumis, sambal gesek atau sambal belacan. 


  1. Sedap makan panas-panas

Ubi Rebus Gebu


Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 kg Ubi kayu
  • Secubit garam
  • 1/2 biji Kelapa parut
  • 3 sudu besar gula merah/gula pasir

Cara-cara

  1. Buang kulit ubi kayu
  2. Kikis lendir ubi tersebut 
  3. Rebus ubi kayu hingga empuk bersama secubit garam
  4. Angkat dan toskan dan boleh hidangkan semasa panas.  
  5. Gaulkan kelapa parut dan gula merah/gula pasir dan hidangkan bersama ubi tadi.
  6. Boleh juga dimakan bersama sambal tumis, sambal belacan/ sambal gesek dan juga ikan gelama jeruk.
  7. Apa lagi...makan je la....hidangkan bersama kopi o panas...peehhhhhh....

Monday, October 8, 2012

Acar Buah

Maaflah.... resepi ni resepi mak
dia buat tak pernah ada sukatan....

yang mak selalu buat macam ni.....

bahan-bahan... 

anika jeruk/buah buahan kering/asam (tak kira jenis)
bawang putih
bawang merah
bawang besar
halia
cili kering/ giling
minyak masak
gula
garam
cuka makan


cara-cara memasak...

mak tumis bawang putih , bawang dan halia...bawang kecik dan halia ajer kena hiris halus....bawang putih dan bawang besar belah 4 ajer.....dah wangi masukkan cili....


cili kena masak lama sampai betul betul masak.....lepas tu masukkan gula....hari tu guna sekilo lebih gula n cuka sebotol...dan masukkan garam


lepas cili tu sejuk baru masukkan jeruk-jeruk, buah buahan kering dan  n asam....


gaulkan...


boleh terus makan tapi lebih sedap lagi selepas 2-3 hari sebab cili dan jeruk2 telah sebati

Sunday, October 7, 2012

Apam Kembang


Bahan-bahan

250 g tepug beras
75 g tepung
100 g tapai pulut
200 ml air
210 g gula
250 ml air panas

bahan 1

1 sudu kecil baking powder
1 peket eno
Perwarna

Campurkan 4 bahan pertama A dan kacau sehingga gula hancur dan letak sebelah.
Masukkan air panas kacau dan tapis
Sebelum mengkukus masukkan  baking powder, eno dan perwarna
Panaskan kukusan dan kukuskan mangkuk dahulu(jika menggunakan acuan). Tuangkan adunan 3/4 penuh dan kukus
Kukus selama 20 minit. Sejukkan dan keluarkan dari acuan
Hidangkan bersama kelapa parut.

Sambal Gesek

BAHAN-BAHAN :

Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa

-Ikan bilis disangai/goreng tanpa minyak hingga garing
-Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal ni ) 
-jika tak mahu pedas boleh guna cili hijau

* pada ibu mengandung...boleh diganti cili dengan lada hitam.

selamat mencuba

Lempeng Kelapa

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas , kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...
  4.  Lempeng ini sedap jika dihidang bersama Sambal tumis, sebagai pencicah

Friday, October 5, 2012

Sambal Jering Cambah



Bahan-bahan

  • Jering tua / Jering Cambah
  • Ikan bilis di goreng garing
Bahan yang perlu dikisar
  • Cili kering dikisar
  • Bawang putih
  • Bawang merah

  • garam, gula
  • asam keping
Cara-cara
1.    Semua bahan .
2.    Goreng ikan bilis sampai garing dan diangkat.
3.    Jering yang telah dihiris-hiris digoreng. (untuk lebih empuk campurkan air bersama minyak semasa menggoreng. Tambah air untuk melembutkan jering)
4.    Masukkan bahan yang dikisar, tumis bagi naik bau dan pecah minyak, masukkan asam keping, jering, sedikit garam dan kacau sebati sampai masak.
5.    Akhir sekali masukkan ikan bilis garing.
6.    Dah masak boleh hidang bersama nasi panas. Makan dengan nasi lemak pun terangkat

Gulai Jering Pekat



Bahan-bahan;
20 biji Jering Tua – direbus hingga empuk
kemudian ditumbuk perlahan2 menggunakan lesung .
1/2 kg santan kelapa
sedikit ikan bilis dikisar halus (rencah)
Garam
Kerisik kelapa 1 sudu
1 batang serai - dititik

Bahan kisar 
segenggam cili api
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
caranya:
panaskan periuk dan campurkan keseluruhan bahan dan kacau sentiasa. Masukkan kerisik untuk lebih memekatkan gulai. dikacau lagi sehingga masak dan kuah menjadi pekat. kecilkan api dan boleh dibiarkan tanpa dikacau. kemudian boleh diangkat untuk dihidangkan.

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut dengan Batang Keladi



Bahan-bahan
  • 1 kilogram siput sedut
  • 1/2kg santan
  • 1 ikat batang keladi – di potong kecil dan di celur
  • 1 batang serai
Bahan Dikisar:
  • 10 bji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Garam secukup rasa.
Cara Membuatnya
  1. Potong belakang siput dan cuci bersihkan.
  2. Masukkan serai yang dititik dan santan  dan Bahan yang dikisar ke dalam periuk.
  3. Tambahkan air jika terlalu pekat.
  4. Masakkan bahan-bahan itu sehingga mendidih dan masukkan batang keladi.
  5. Masukkan siput sedut (Nota : Selalulah kacau bahan-bahan itu untuk mengelakkan santan tu mengeluarkan taik minyak, nanti cepat basi)
  6. Masakkan sehingga mendidih.
  7. Sedia dihidangkan mengikut kesukaan anda.

Asam Pedas Batang Keladi


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak batang keladi (ada jual di pasar tani atau pasar basah)
Daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
3 keping asam gelugor/keping
Garam dan gula secukup rasa
Air Asam Jawa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 tangkai cili kering( dipotong kecil, direndam air panas)
1/2 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi yang perlu disiat kulit luarnya, kemudian kerat pendek. Celur dalam air panas yang diletak 1 keping asam gelugor hingga batangr keladi sedikit lembut. Toskan dan batang keladi yang dicelur perlu dibasuh besih..
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan air asam jawa, daun kesom dan bunga kantan.
  3. Masukkan batang keladi. Biar mendidih perlahan. Tambah sedikit garam dan gula atau secukup rasa. Masak sehingga lembut. Masukkan asam keeping jika mahu lebih masam.