Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)
A)
2-3 peket mee kuning- celur air mendidih, toskan dan segera lalukan air sejuk
B)- kuah
250 gm keledek- kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk
1/2 cawan udang putih, buang buang kepala dan kisar halus. (kalau tak ada, guna isi udang harimau)
1/2 cawan kacang tanah yang siap disangrai, buang kulit dan kisar halus
4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dihiris halus
3/2 cawan cili kisar (pekat)- tambah jika suka lebih pedas
10 cawan air rebusan kulit udang
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar gula
10 ekor udang harimau
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, putih dan halia
hingga wangi dan keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah
minyak.
2. Masukkan air rebusan kulit udang. Sementara mendidih, kisar keledek hingga halus(+ sedikit air agar mudah hancur)
3.
Apabila rebusan mendidih, masukkan keledek, kacang tanah, sos tomato
dan udang yang dikisar. Masukkan tepung jagung, garam dan gula. Biar
mereneh dan kacau kuah agar sebati dan agak pekat.
4. Akhir sekali, masukkan udang harimau dan tutup api sebaik sahaja udang masak. Siap dihidang bersama mee dan bahan taburan.
C) ditabur di atas mee
1/2 kg tauge (boleh di celur atau tidak)
2 biji tomato dihiris halus
3 biji telur direbus dan belah 4
2 biji kentang, rebus empuk dengan kulit sekali, kupas kulit dan hiris nipis
tauhu digoreng- hiris nipis
bawang goreng secukupnya
daun sup dan bawang dihiris halus
limau kasturi
Taburkan
bahan C di atas mee sebelum dicurahkan kuah di atasnya. Mee rebus udang
sedap dimakan dengan kuah yang banyak... selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment